Skip to content

Seksyen 43

Penalti bagi keengganan untuk menjawab soalan atau memberikan maklumat palsu

of Akta Cukai Pelancongan 2017

ActIn forceProvision 55 of 84
Seksyen 43
(1)

Mana-mana orang, yang dikehendaki di bawah Akta ini untuk memberikan apa-apa maklumat yang dengan munasabah boleh dikehendaki oleh pegawai kastam yang adalah dalam kuasanya untuk memberi, yang enggan untuk memberikan maklumat itu atau mengemukakan sebagai benar maklumat yang diketahuinya palsu atau yang dia mempunyai sebab untuk mempercayai sebagai palsu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

(2)

Apabila apa-apa maklumat itu dibuktikan sebagai tidak benar atau tidak betul pada keseluruhannya atau sebahagiannya, tidaklah menjadi suatu pembelaan untuk mengatakan bahawa maklumat itu atau mana-mana bahagian maklumat itu telah dikemukakan dengan tidak sengaja atau tanpa niat jenayah atau fraud, atau disalahtafsirkan atau tidak ditafsirkan sepenuhnya oleh seorang jurubahasa yang disediakan oleh pemberi maklumat itu.

54

Undang-Undang Malaysia