Seksyen 47
Kesalahan oleh pekerja atau ejen
of Akta Cukai Pelancongan 2017
Jika mana-mana orang boleh dikenakan apa-apa hukuman atau penalti di bawah Akta ini bagi apa-apa perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran, orang itu boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran mana-mana pekerja atau ejennya atau pekerja ejen itu, jika perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu telah dilakukan oleh pekerja orang itu dalam penjalanan pekerjaannya, atau oleh ejen itu semasa bertindak bagi pihak orang itu, atau oleh pekerja ejen itu dalam penjalanan pekerjaannya dengan ejen itu atau selainnya bagi pihak ejen itu.
(2)
Tiada apa-apa jua di bawah subseksyen
(1)
boleh membebaskan seseorang ejen, pegawai atau pekerja daripada apa-apa tanggungan bagi suatu kesalahan.
Cukai pelancongan, dsb., hendaklah kena dibayar walau apa pun apa-apa prosiding, dsb.