Skip to content

Seksyen 57

Perintah mahkamah

of Akta Cukai Pelancongan 2017

ActIn forceProvision 69 of 84
Seksyen 57
(1)

Jika mana-mana orang didapati bersalah atas suatu kesalahan di bawah Akta ini, mahkamah yang di hadapannya orang itu didapati bersalah hendaklah memerintahkan orang itu untuk membayar kepada Ketua Pengarah amaun cukai pelancongan yang genap masa dan kena dibayar atau apa-apa penalti yang kena dibayar di bawah Akta ini, jika ada, sebagaimana yang diperakukan oleh

Ketua Pengarah dan cukai pelancongan atau penalti itu hendaklah didapatkan balik mengikut cara yang sama seperti suatu denda sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 283

Kanun Tatacara Jenayah.

(2)

Sebagai tambahan kepada subseksyen (1), mahkamah mempunyai bidang kuasa sivil setakat amaun itu dan perintah itu boleh dikuatkuasakan dalam semua keadaan sebagai suatu keputusan muktamad mahkamah yang memihak kepada Ketua Pengarah.

(3)

Jika mana-mana orang didapati tidak bersalah atas suatu kesalahan di bawah Akta ini, dan jika dia telah membayar amaun cukai pelancongan yang genap masa dan kena dibayar atau penalti yang kena dibayar di bawah Akta ini menurut seksyen 48, berkenaan dengan kesalahan yang dipertuduh, mahkamah boleh memerintahkan supaya amaun yang telah dibayar itu dibayar balik kepada orang itu melainkan jika suatu notis rayuan terhadap keputusan itu difailkan dalam masa yang ditentukan.