Seksyen 58
Obligasi kerahsiaan
of Akta Cukai Pelancongan 2017
Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 59, nama, nombor kad pengenalan, nombor pasport, alamat seseorang pemberi maklumat atau apa-apa maklumat lain yang boleh membawa kepada identiti pemberi maklumat dan kandungan
62
Undang-Undang Malaysia maklumat yang diterima daripada seseorang pemberi maklumat hendaklah dirahsiakan dan tidak boleh didedahkan oleh mana-mana pegawai kastam atau mana-mana orang yang dalam penjalanan biasa tugasnya memperoleh atau mempunyai kawalan atau akses kepada maklumat itu kepada mana-mana orang kecuali pegawai kastam yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah.
(2)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.