Skip to content

Seksyen 59

Perlindungan pemberi maklumat daripada diketahui

of Akta Cukai Pelancongan 2017

ActIn forceProvision 71 of 84
Seksyen 59
(1)

Kecuali sebagaimana yang kemudian daripada ini diperuntukkan, tiada seorang saksi dalam mana-mana prosiding sivil atau jenayah berkewajipan atau dibenarkan untuk mendedahkan nama, alamat atau apa-apa maklumat seseorang pemberi maklumat atau kandungan maklumat yang diterima daripadanya atau menyatakan apa-apa perkara yang mungkin membawa kepada pemberi maklumat itu diketahui.

(2)

Sekiranya apa-apa buku, dokumen atau kertas yang dikemukakan sebagai keterangan atau yang boleh diperiksa dalam apa-apa prosiding sivil atau jenayah mengandungi apa-apa catatan yang dalamnya mana-mana pemberi maklumat dinamakan atau diperihalkan atau yang mungkin membawa kepada pemberi maklumat itu diketahui, mahkamah hendaklah menyebabkan semua petikan itu disembunyikan daripada pandangan atau dipadam setakat yang perlu bagi melindungi pemberi maklumat daripada diketahui.

(3)

Jika dalam perbicaraan bagi apa-apa kesalahan di bawah Akta ini, mahkamah, selepas penyiasatan penuh kes itu, mempercayai bahawa pemberi maklumat dengan sengaja membuat dalam aduannya sesuatu pernyataan penting yang diketahuinya atau dipercayainya sebagai palsu atau tidak dipercayai sebagai benar, atau jika dalam mana-mana prosiding lain mahkamah berpendapat bahawa keadilan tidak dapat dijalankan dengan sepenuhnya antara pihak tanpa diketahui pemberi maklumat itu, adalah sah bagi mahkamah untuk

Cukai Pelancongan 63

menghendaki pengemukaan aduan asal, jika secara bertulis, dan membenarkan pemeriksaan, dan menghendaki pendedahan sepenuhnya, berkenaan dengan pemberi maklumat itu.