Akta Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2019 · As enacted · Bahagian IX · Bahagian IX Akta ibu dipinda dengan memasukkan sebelum seksyen 52 seksyen yang berikut:
Akta Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2019 · As enacted · Bahagian IX · Bahagian IX Akta ibu dipinda dengan memasukkan sebelum seksyen 52 seksyen yang berikut:
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Seorang pemberi perkhidmatan asing yang memberikan perkhidmatan digital sebelum Bahagian IXa sebagaimana yang dimasukkan dalam seksyen 37 Akta ini (“Bahagian IXa”) mula berkuat kuasa hendaklah bertanggungan untuk berdaftar di bawah
Akta ini jika terdapat alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa jumlah nilai perkhidmatan digitalnya yang diberikan dalam bulan mula berkuat kuasanya Bahagian IXa dan sebelas bulan sebaik selepas bulan itu akan melebihi jumlah nilai perkhidmatan digital sebagaimana yang ditetapkan di bawah seksyen 56b sebagaimana yang dimasukkan dalam seksyen 37 Akta ini.
Mana-mana pemberi perkhidmatan asing yang bertanggungan untuk berdaftar di bawah subseksyen (1) hendaklah memohon kepada Ketua Pengarah untuk didaftarkan sebagai orang berdaftar asing dan permohonan itu hendaklah dibuat tiga bulan sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Bahagian IXa.
Ketua Pengarah boleh mendaftarkan pemberi perkhidmatan asing di bawah subseksyen (1) berkuat kuasa dari tarikh efektif yang ditetapkan di bawah seksyen 1 Akta ini atau dari tarikh terkemudian sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
Mana-mana pemberi perkhidmatan asing yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.