Akta Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2019 · As enacted · Bahagian IX · Bahagian IX Akta ibu dipinda dengan memasukkan sebelum seksyen 52 seksyen yang berikut:
Akta Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2019 · As enacted · Bahagian IX · Bahagian IX Akta ibu dipinda dengan memasukkan sebelum seksyen 52 seksyen yang berikut:
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Jika apa-apa perkhidmatan digital diberikan sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Bahagian IXa sebagaimana yang dimasukkan dalam seksyen 37 Akta ini (“Bahagian IXa”) dan pemberian perkhidmatan digital itu menjangkaui selepas tarikh
Undang-Undang Malaysia 32
permulaan kuat kuasa Bahagian IXa, cukai perkhidmatan hendaklah dikenakan ke atas bahagian perkhidmatan digital yang boleh dihubungkaitkan dengan bahagian tempoh selepas tarikh permulaan kuat kuasa Bahagian IXa.
Jika apa-apa bayaran diterima sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Bahagian IXa berkaitan pemberian perkhidmatan digital yang akan diberikan pada atau selepas tarikh permulaan kuat kuasa Bahagian IXa, tiada cukai perkhidmatan dikenakan ke atas bayaran yang diterima itu.