Akta Dagangan Komoditi 1985 · As enacted · Bahagian VII · Akaun dan Audit
54. Section 54
Feedback & supportKecuali sebagaimana diperuntukkan selainnya dalam Bahagian ini, wang yang dipegang dalam sesuatu akaun terasing tidaklah boleh digunakan untuk membayar hutang seseorang peniaga atau tidaklah boleh kena dibayar atau diambil pada melaksanakan sesuatu perintah atau proses mana-mana mahkamah.
Apa-apa bayaran yang dibuat dengan melanggari subseksyen (1) adalah tak sah ab initio, dan tidak seorangpun yang telah dibayar wang itu boleh mendapat apa-apa hak terhadapnya.
Subseksyen (1) dan (2) tidaklah menjejaskan keesahan apa-apa bayaran daripada sesuatu akaun terasing oleh seorang peniaga kepada pusat penjelasan dalam memenuhi obligasi-obligasi peniaga itu di bawah peraturan-peraturan pusat penjelasan.