Akta Dagangan Komoditi 1985 · As enacted · Bahagian VII · Akaun dan Audit
64. Section 64
Feedback & supportKecuali sebagaimana yang perlu bagi menguat-kuasakan peruntukan-peruntukan Akta ini atau setakat mana yang dikehendaki bagi maksud-maksud sesuatu prosiding undang-undang, sama ada sivil atau jenayah, seseorang juruaudit yang dilantik di bawah seksyen 59 atau 60 atau seseorang pekerja bagi juruaudit itu tidak boleh memberitahu apa-apa maklumat yang mungkin sampai kepada pengetahuannya semasa menjalankan kewajipan-kewajipannya sebagai juruaudit atau pekerja itu, mengikut mana yang berkenaan, kepada manamana orang lain daripada—
Menteri atau mana-mana orang yang diluluskan atau ditetapkan oleh Menteri;
Pesuruhjaya; dan
dalam hal seseorang pekerja, juruaudit yang mengambil kerja pekerja itu.