Akta Dagangan Komoditi 1985 · As enacted · Bahagian VII · Akaun dan Audit
57. Section 57
Feedback & supportSeseorang peniaga hendaklah dalam hal setiap tahun kewangan selepas Akta ini mula berkuatkuasa menyediakan suatu akaun untung-rugi yang betul dan saksama dan suatu kunci kira-kira yang dibuat hingga ke hari terakhir tahun kewangan itu dan menyerah-simpankan akaun dan kunci kira-kira itu kepada Pesuruhjaya dalam tempoh enam bulan, atau suatu tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh Pesuruhjaya di bawah subseksyen (2) selepas berakhirnya tahun kewangan bersama-sama dengan laporan juruaudit mengenai akaun dan kunci kira-kira itu.
Jika sesuatu permohonan untuk melanjutkan tempoh enam bulan yang dinyatakan dalam subseksyen (1) dibuat oleh peniaga kepada Pesuruhjaya dan Pesuruhjaya berpuas hati bahawa ada sebab-sebab teristimewa yang memerlukan perlanjutan itu, maka Pesuruhjaya boleh melanjutkan tempoh itu selama satu bulan tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkan patut dikenakan oleh Pesuruhjaya.
Mana-mana peniaga yang tidak mematuhi subseksyen (1) atau mana-mana syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (2) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi dua ribu lima ratus ringgit.
58
mendapat tahu mengenai sesuatu perkara yang pada pendapatnya menjejaskan dengan mudaratnya kedudukan kewangan peniaga itu setakat yang material; atau
mendapat bukti tentang suatu perlanggaran terhadap seksyen 52 dan 53 oleh peniaga,