Seksyen 25
Lesen gudang
ActIn forceProvision 48 of 190
Seksyen 25
(1)
Ketua Pengarah boleh, menurut budi bicaranya dan apabila dibayar apa-apa bayaran yang ditetapkan olehnya dalam tiap-tiap satu kes, memberi kepada mana-mana orang suatu lesen bagi penggudangan barang-barang yang boleh dikenakan duti dalam tempat atau tempat-tempat yang dinyatakan dalam lesen itu dan boleh memindah milik, menggantung atau membatalkan lesen itu.
(2)
Sesuatu lesen itu hendaklah bagi sesuatu tempoh dan tertakluk pada apa-apa syarat yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah dalam tiap-tiap satu kes dalam lesen itu.