Seksyen 27C
Penahanan barang-barang jika terdapat keraguan
Pegawai yang hak boleh menahan dalam suatu gudang berlesen atau mana-mana tempat lain yang disifatkan sebagai berada di bawah kawalan eksais apa-apa barang jika dia ragu-ragu sama ada barang-barang itu berduti atau tidak atau kerana apa-apa sebab lain.
(2)
Dalam tiap-tiap hal sedemikian pegawai yang hak itu hendaklah dengan serta-merta membuat suatu laporan kepada seorang pegawai kanan eksais yang hendaklah, tanpa kelengahan yang tidak wajar, memutuskan sama ada barang-barang itu berduti atau tidak.
(3)
Jika mana-mana barang itu didapati tidak berduti, tiada sewa gudang, caj pengendalian atau caj-caj lain kena dibayar berkenaan dengan barang-barang itu.