Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English

Bahagian IV · Tatacara bagi Pemulangan Penjenayah Buruan

12. Permintaan bagi pemulangan penjenayah buruan

Feedback & support
(1)

Sesuatu permintaan oleh mana-mana Negara bagi pemulangan seseorang penjenayah buruan yang berada di Malaysia atau disyaki berada di Malaysia hendaklah dibuat kepada Menteri melalui wakil diplomatik negara itu.

(2)

Hendaklah diberikan dengan mana-mana permintaan yang dibuat bagi maksud subseksyen (1)—

Ekstradisi 15

(a)

dalam hal penjenayah buruan yang dituduh atas suatu kesalahan, suatu waran bagi penangkapannya yang dikeluarkan di negara itu; atau

(b)

dalam hal penjenayah buruan yang bebas dengan menyalahi undang-undang selepas disabitkan atas sesuatu kesalahan, suatu perakuan sabitan itu dan hukuman di negara itu dan pernyataan tentang banyaknya jika ada, hukuman itu yang telah dijalani, berserta dengan, dalam setiap hal, butir penjenayah buruan yang pemulangannya diminta dan fakta yang berdasarkannya dan undang-undang yang di bawahnya dia dituduh atau disabitkan, dan keterangan yang cukup untuk mewajarkan pengeluaran waran bagi pemberkasannya di bawah seksyen 13.

(3)

Apabila diterima permintaan sedemikian, Menteri boleh, melalui perintah di bawah tandatangan dan meterainya, memaklumkan Majistret bahawa permintaan sedemikian telah dibuat dan memberi kuasa Majistret itu mengeluarkan waran bagi pemberkasan penjenayah buruan itu.

(4)

Jika

Menteri berpendapat bahawa kesalahan yang berhubungan dengan waran itu ialah kesalahan yang bersifat politik, maka dia boleh, jika difikirkannya patut, enggan membuat apa-apa perintah sedemikian, dan boleh juga pada bila-bila masa memerintahkan supaya seseorang penjenayah buruan yang disabitkan atas kesalahan sedemikian dilepaskan daripada jagaan.

Report

Bahagian V

Pemulangan Penjenayah Buruan ke Brunei Darussalam dan Republik Singapura

Bahagian VI

Pemulangan Penjenayah Buruan yang Juga Banduan untuk Menghadapi Perbicaraan

Bahagian VII

Pemulangan Orang yang Dituduh atau yang Disabitkan ke Malaysia

Bahagian VIII

Habeas Corpus dan Kajian Semula

Bahagian IX

Pelbagai

Bahagian X

Pemansuhan

Schedules