Seksyen 16
Tatacara berkenaan dengan penjenayah buruan yang diberkas berdasarkan waran sementara
(1)
Seseorang penjenayah buruan yang diberkas berdasarkan suatu waran sementara hendaklah dibawa ke hadapan mana-mana
Majistret yang hendaklah, jika Menteri tidak menerima apa-apa permintaan bagi pemulangan penjenayah buruan itu, memerintahkan supaya penjenayah buruan itu ditahan dalam jagaan selama tempoh masa yang munasabah yang ditetapkan olehnya setelah mengambil kira hal keadaan kes itu, dan, bagi maksud ini, Majistret hendaklah mengambil kira apa-apa tempoh dalam perkiraan ekstradisi yang relevan yang berhubungan dengan tempoh penahanan yang dibenarkan apabila penjenayah buruan ditangkap sementara.
(2)
Apabila diterimanya perintah Menteri yang memaklumkan bahawa suatu permintaan telah dibuat bagi pemulangan penjenayah buruan itu, Majistret hendaklah memerintahkan―
(a)
supaya kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen; dan
(b)
supaya penahanannya di bawah subseksyen
(1)
dilanjutkan sehingga dia dibawa hadir di hadapan
Mahkamah Sesyen.
(3)
Majistret hendaklah, jika dia tidak menerima suatu perintah daripada Menteri dalam tempoh masa yang ditetapkannya di bawah subseksyen (1) yang memaklumkan bahawa suatu rekuisisi telah dibuat bagi pemulangan penjenayah buruan itu, memerintahkan supaya penjenayah buruan itu dilepaskan.
Tatacara berkenaan dengan penjenayah buruan yang diberkas berdasarkan waran sementara jika perintah telah diterima oleh
Majistret