Skip to content

Seksyen 21

Pemulangan penjenayah buruan

of Akta Ekstradisi 1992

ActIn forceProvision 21 of 54
Seksyen 21

(1)

Jika Mahkamah Sesyen mengkomitkan penjenayah buruan itu ke penjara menurut seksyen 19 atau 20, Mahkamah hendaklah memberitahu penjenayah buruan itu bahawa dia tidak akan diserahkan sehingga habis tempoh, yang tidak kurang daripada lima belas hari, yang boleh ditetapkan oleh Menteri dan bahawa dia mempunyai hak untuk memohon kepada Mahkamah Tinggi bagi mendapatkan suatu writ habeas corpus.

(2)

Apabila habis tempoh yang disebutkan dalam subseksyen (1)

atau, jika permohonan bagi mendapatkan writ habeas corpus telah dibuat kepada Mahkamah Tinggi oleh penjenayah buruan itu, apabila permohonan sedemikian diputuskan dengan muktamad oleh

Mahkamah Tinggi atau selepas apa-apa tempoh yang lebih lanjut

Ekstradisi 23

yang boleh dibenarkan oleh Menteri dalam salah satu hal itu, Menteri hendaklah―

(a)

dalam hal sesuatu rekuisisi yang dibuat di bawah seksyen 29, mengeluarkan suatu waran penyerahan sementara yang telah ditandatanganinya dan dimeterai; atau

(b)

dalam hal sesuatu rekuisisi yang dibuat di bawah seksyen 12, mengeluarkan suatu waran penyerahan yang telah ditandatanganinya dan dimeterai, bagi memerintahkan penjenayah buruan itu diserahkan kepada orang yang pada pendapatnya diberi kuasa dengan sewajarnya untuk menerima penjenayah buruan itu oleh negara yang membuat rekuisisi bagi pemulangan penjenayah buruan itu, dan penjenayah itu hendaklah dipulangkan dengan sewajarnya.

(3)

Adalah sah bagi mana-mana orang yang kepadanya waran tersebut diarahkan dan bagi orang yang telah diberi kuasa seperti yang tersebut di atas menerima, menahan di dalam jagaan dan membawa, dalam bidang kuasa negara yang telah membuat rekuisisi bagi pemulangannya, penjenayah buruan itu dan jika penjenayah buruan itu lepas lari dari mana-mana jagaan yang kepadanya dia boleh diserahkan menurut waran sedemikian, adalah sah menahannya semula mengikut cara yang sama seperti mana-mana orang yang dituduh melakukan apa-apa jenayah terhadap undang-undang

Malaysia boleh ditahan semula apabila melepaskan diri.