Skip to content

Seksyen 14

Majistret hendaklah melaporkan pengeluaran waran sementara kepada Menteri

of Akta Ekstradisi 1992

ActIn forceProvision 14 of 54
Seksyen 14
(1)

Majistret yang mengeluarkan sesuatu waran sementara hendaklah dengan serta-merta menghantar suatu laporan tentang pengeluaran waran itu berserta dengan maklumat atau keterangan atau salinan yang diperakuinya kepada Menteri.

(2)

Menteri boleh, jika difikirkannya patut, memerintahkan supaya waran itu dibatalkan dan orang yang telah diberkas berdasarkan waran itu dilepaskan.

Tatacara berkenaan dengan penjenayah buruan yang diberkas berdasarkan waran yang dikeluarkan di bawah perenggan 13(1)(a)