Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2023Read it in English

Bahagian III

20. Larangan terhadap diskriminasi

Feedback & support

Francais menjadi tidak adil dan menjadi suatu kesalahan di bawah

Akta ini jika mana-mana francaisor mendiskriminasi dengan cara yang

Francais 25

tidak munasabah dan dengan ketara antara francaisi yang mengendalikan francais tentang bayaran yang ditawarkan atau dibuat bagi fi francais, royalti, barangan, perkhidmatan, kelengkapan, sewa atau perkhidmatan pengiklanan jika diskriminasi itu boleh menyebabkan persaingan yang memudaratkan mana-mana francaisi yang bersaing dengan francaisi yang menerima faedah daripada diskriminasi itu, melainkan jika dan setakat yang apa-apa pengelasan atau diskriminasi antara pemegang francaisi adalah—

(a)

berdasarkan kepada francais yang diberikan pada masa yang berlainan, dan diskriminasi itu adalah berhubung dengan munasabahnya dengan perbezaan masa itu;

(b)

berhubung dengan satu program atau lebih bagi membuatkan francais tersedia kepada orang yang tidak cukup modal, latihan, pengalaman perniagaan atau pendidikan, atau kurang kelayakan yang lain;

(c)

berhubung dengan usaha oleh Kerajaan atau mana-mana agensinya untuk menggalakkan kepelbagaian dalam keluaran atau bidang perkhidmatan atau format atau reka bentuk perniagaan;

(d)

berhubung dengan usaha oleh seorang francaisi atau lebih untuk membaiki kekurangan dalam pengendalian perniagaan yang difrancaiskan atau keingkaran dalam perjanjian francais; atau

(e)

berdasarkan pada perbezaan-perbezaan lain yang munasabah dengan mengambil kira maksud-maksud

Akta ini dan tidaklah dibuat sewenang-wenang.

Report

Bahagian IV

Kelakuan Pihak-Pihak dan Penamatan

Bahagian V

Lembaga Penasihat Francais

Bahagian VI

Kesalahan dan Penalti

Bahagian VII

Penguatkuasaan

Bahagian VIII

Pelbagai