Akta Francais 1998 · Updated to 1 Nov 2023 · Bahagian III
27. Larangan terhadap perniagaan serupa
Feedback & supportFrancaisi hendaklah memberikan jaminan bertulis kepada francaisor bahawa francaisi, termasuk pengarah, suami atau isteri dan keluarga terdekat pengarah itu, dan pekerjanya tidak akan menjalankan
*CATATAN─Akta Cap Dagangan 1976 [Akta 175] telah dimansuhkan oleh Akta Cap
Dagangan 2019 [Akta 815]—lihat seksyen 164 Akta 815.
28 Undang-Undang Malaysia AKTA 590
apa-apa perniagaan lain yang serupa dengan perniagaan yang difrancaiskan yang dikendalikan oleh francaisi semasa tempoh perjanjian francais itu dan selama dua tahun selepas perjanjian francais itu habis tempoh atau ditamatkan lebih awal.
Francaisi, termasuk Pengarah, suami atau isteri dan keluarga terdekat pengarah itu, dan pekerjanya hendaklah mematuhi terma jaminan bertulis yang diberikan di bawah subseksyen (1).
Seseorang yang tidak mematuhi subseksyen (1) atau (2) adalah melakukan suatu kesalahan.