Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2023Read it in English

Bahagian III

26. Maklumat rahsia

Feedback & support
(1)

Francaisi hendaklah memberikan jaminan bertulis kepada francaisor bahawa francaisi, termasuk pengarah, suami atau isteri dan keluarga terdekat pengarah itu, dan pekerjanya tidak akan menzahirkan kepada mana-mana orang apa-apa maklumat yang terkandung dalam manual pengendalian atau yang diperoleh semasa menjalani latihan yang dianjurkan oleh francaisor semasa tempoh perjanjian francais itu dan selama dua tahun selepas perjanjian francais itu habis tempoh atau ditamatkan lebih awal.

(2)

Francaisi, termasuk pengarah, suami atau isteri dan keluarga terdekat pengarah itu, dan pekerjanya hendaklah mematuhi terma jaminan bertulis yang diberikan di bawah subseksyen (1).

(3)

Seseorang yang tidak mematuhi subseksyen (1) atau (2) adalah melakukan suatu kesalahan.

Report

Bahagian IV

Kelakuan Pihak-Pihak dan Penamatan

Bahagian V

Lembaga Penasihat Francais

Bahagian VI

Kesalahan dan Penalti

Bahagian VII

Penguatkuasaan

Bahagian VIII

Pelbagai