Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2023Read it in English

Bahagian III

22. Kumpulan Wang Promosi

Feedback & support
(1)

Francaisor yang menghendaki seseorang francaisi membuat apa-apa bayaran bagi maksud promosi sesuatu francais hendaklah menubuhkan Kumpulan Wang Promosi (“Kumpulan Wang”).

(2)

Kumpulan Wang itu hendaklah diuruskan di bawah akaun bank yang berasingan dan hendaklah digunakan hanya bagi promosi keluaran di bawah francais itu.

(3)

Jika francaisi dikehendaki membuat apa-apa bayaran di bawah seksyen 23, francaisor hendaklah mengemukakan penyata kewangan mengenai Kumpulan Wang, yang telah diendors oleh akauntan awam berdaftar, kepada Pendaftar dalam tempoh tiga puluh hari selepas tamat penggal kewangan terakhir.

(4)

Penyata kewangan dalam subseksyen

(3)

hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar berserta dengan laporan tahunan di bawah seksyen 16.

(5)

Seseorang yang tidak mematuhi seksyen ini adalah melakukan sesuatu kesalahan.

Fi promosi, dsb.

Report

Bahagian IV

Kelakuan Pihak-Pihak dan Penamatan

Bahagian V

Lembaga Penasihat Francais

Bahagian VI

Kesalahan dan Penalti

Bahagian VII

Penguatkuasaan

Bahagian VIII

Pelbagai