Seksyen 11
Akses kepada profil atau maklumat DNA
of Akta Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (Dna) 2009
Akses kepada, makluman mengenai atau penggunaan profil DNA atau apa-apa maklumat berhubung dengannya yang disimpan di dalam Bank Data DNA oleh Ketua Bank Data DNA,
Timbalan Ketua Bank Data DNA, pegawai Bank Data DNA dan mana-mana ahli kimia hendaklah hanya bagi maksud—
(a)
perbandingan forensik dengan mana-mana profil atau maklumat DNA lain dalam menjalankan penyiasatan bagi apa-apa kesalahan yang dijalankan oleh mana-mana agensi penguatkuasaan;
(b)
mentadbir Bank Data DNA; atau
(c)
menjadikan maklumat itu tersedia bagi orang yang baginya maklumat itu berkaitan.
(2)
Bagi mengelakkan keraguan, akses kepada, makluman mengenai atau penggunaan profil DNA atau apa-apa maklumat berhubung dengannya di bawah subseksyen (1) oleh seseorang ahli kimia hendaklah hanya bagi maksud yang disebut dalam perenggan (a) subseksyen itu.
Undang-Undang Malaysia 14
Akta 699