Seksyen 22
of Akta Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (Dna) 2009
Seksyen 22
Ketua Bank Data DNA boleh, atas permintaan oleh suatu agensi penguatkuasaan undang-undang asing, membandingkan profil DNA yang diterima daripada agensi penguatkuasaan undang-undang asing itu dengan profil DNA di dalam Bank Data DNA bagi menentukan sama ada profil DNA itu sedia ada terkandung di dalam Bank Data DNA dan memaklumkan apa-apa maklumat yang berkaitan kepada agensi penguatkuasaan undang-undang asing itu.
Undang-Undang Malaysia 22
Akta 699
(2)
Ketua Bank Data DNA boleh, atas permintaan suatu agensi penguatkuasaan undang-undang asing semasa penyiasatan bagi sesuatu kesalahan atau sesuatu pendakwaan bagi suatu kesalahan jenayah di negara asing itu, memaklumkan profil DNA yang terkandung di dalam Bank Data DNA kepada agensi penguatkuasaan undang-undang asing itu.
(3)
Bagi maksud seksyen ini, “agensi penguatkuasaan undang-undang asing” ertinya suatu agensi penguatkuasaan undang-undang negara asing dan termasuklah suatu pertubuhan antarabangsa yang ditubuhkan oleh kerajaan negara itu atau suatu pertubuhan antarabangsa.