Skip to content
In forceUpdated to 1 Sep 2019Read it in English

Bahagian III · Ketua Bank Data Dna, Timbalan Ketua Bank Data Dna dan Pegawai Bank Data Dna

8. Fungsi dan kuasa Ketua Bank Data DNA

Feedback & support
(1)

Ketua Bank Data DNA hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:

(a)

bertanggungjawab bagi penjalanan am, pentadbiran dan pengurusan Bank Data DNA;

Undang-Undang Malaysia 12

(b)

untuk menubuhkan mekanisme untuk memudahkan pengambilan, penyimpanan dan penyebaran data berkaitan dengan profil DNA dan apa-apa maklumat berhubung dengannya yang disimpan di dalam Bank Data DNA;

(c)

untuk memastikan bahawa profil DNA dan apa-apa maklumat berhubung dengannya disimpan dengan selamat dan kekal rahsia;

(d)

untuk menyimpan dan menghapuskan sampel intim dan sampel bukan intim yang diambil bagi maksud analisis forensik DNA mengikut peruntukan Akta ini dan sebagaimana yang ditetapkan;

(e)

untuk bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan undang-undang asing mengikut peruntukan Akta ini; dan

(f)

untuk menjalankan apa-apa fungsi lain yang diberikan oleh atau di bawah Akta ini dan melaksanakan apa-apa fungsi lain yang sebagai tambahan, bersampingan atau berbangkit kepada mana-mana fungsi yang dinyatakan dalam seksyen ini atau yang sejajar dengan objektif

Bank Data DNA.

(2)

Ketua Bank Data DNA hendaklah mempunyai segala kuasa yang perlu bagi, atau yang berkaitan dengan, atau yang bersampingan dengan, pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini.

Report

Bahagian IV

Pengambilan, Penyimpanan, Pelupusan Sampel Intim dan Bukan Intim dan Penghapusan Profil dan Maklumat Dna

Bahagian V

Kesalahan

Bahagian VI