Skip to content
In forceUpdated to 1 Sep 2019Read it in English

Bahagian III · Ketua Bank Data Dna, Timbalan Ketua Bank Data Dna dan Pegawai Bank Data Dna

7. Pelantikan Ketua Bank Data DNA, Timbalan Ketua dan pegawai lain

Feedback & support
(1)

Menteri hendaklah melantik seorang pegawai awam yang hendaklah memiliki kelayakan dan pengalaman dalam sains DNA sebagai Ketua Bank Data DNA bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam surat cara pelantikan itu.

(2)

Menteri hendaklah melantik seorang pegawai awam yang hendaklah memiliki kelayakan dan pengalaman dalam sains DNA sebagai Timbalan Ketua Bank Data DNA sebagaimana yang perlu bagi maksud Akta ini yang hendaklah tertakluk kepada kawalan dan arahan Ketua Bank Data DNA dan boleh menjalankan kuasa dan melaksanakan fungsi Ketua Bank Data DNA di bawah Akta ini.

(3)

Menteri hendaklah melantik apa-apa bilangan pegawai Bank

Data DNA sebagaimana yang perlu bagi menjalankan maksud Akta ini daripada kalangan pegawai awam yang hendaklah tertakluk kepada kawalan, arahan dan penyeliaan Ketua Bank Data DNA.

(4)

Ketua Bank Data DNA boleh secara bertulis, tertakluk kepada apa-apa syarat, had atau sekatan yang difikirkannya patut dikenakan, mewakilkan segala atau mana-mana kuasa atau fungsinya di bawah Akta ini kepada Timbalan Ketua Bank Data

DNA atau kepada pegawai Bank Data DNA.

(5)

Suatu pewakilan di bawah subseksyen (4) boleh dibatalkan pada bila-bila masa oleh Ketua Bank Data DNA dan tidak menghalang Ketua Bank Data DNA daripada menjalankan kuasa atau melaksanakan fungsi yang diwakilkan di bawah subseksyen itu.

Report

Bahagian IV

Pengambilan, Penyimpanan, Pelupusan Sampel Intim dan Bukan Intim dan Penghapusan Profil dan Maklumat Dna

Bahagian V

Kesalahan

Bahagian VI