Skip to content

Seksyen 18

of Akta Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (Dna) 2009

ActIn forceProvision 18 of 25

Seksyen 18

(1)

Seseorang melakukan suatu kesalahan jika dia mengganggu atau menyebabkan diganggu apa-apa sampel intim atau sampel bukan intim yang diambil bagi maksud Akta ini.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau kedua-duanya.

(3)

Mana-mana orang yang bersubahat dalam pelakuan atau yang cuba melakukan kesalahan di bawah seksyen ini adalah bersalah atas kesalahan itu dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu:

Dengan syarat bahawa apa-apa tempoh pemenjaraan yang dikenakan tidak boleh melebihi setengah daripada tempoh maksimum yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.