Skip to content

Seksyen 14

Sampel diberikan secara sukarela

of Akta Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (Dna) 2009

ActIn forceProvision 14 of 25
Seksyen 14
(1)

Mana-mana orang, selain orang yang sampel intim atau sampel bukan intimnya boleh diambil di bawah seksyen 12

dan 13, boleh secara sukarela memberikan suatu keizinan yang berkenaan dalam borang yang ditetapkan kepada seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Timbalan Penguasa

Polis bagi pengambilan suatu sampel intim atau sampel bukan intim daripadanya.

(2)

Jika suatu keizinan yang berkenaan diberikan di bawah subseksyen (1), seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Timbalan Penguasa Polis hendaklah, sebelum pengambilan suatu sampel intim atau sampel bukan intim, memberitahu orang yang daripadanya sesuatu sampel itu akan diambil—

(a)

bahawa profil DNA dan apa-apa maklumat berhubung dengannya yang diperoleh daripada sampel intim atau sampel bukan intim boleh disimpan di dalam Bank

Data DNA dan boleh digunakan bagi maksud analisis forensik DNA, siasatan polis dan bagi apa-apa maksud yang disebut dalam seksyen 11;

(b)

bahawa dia boleh membuat suatu permintaan kepada seorang pegawai polis bagi suatu akses kepada maklumat itu; dan

(c)

bahawa dia boleh pada bila-bila masa menarik balik kebenaran yang diberikan di bawah subseksyen (1).

Undang-Undang Malaysia 18

Akta 699