Seksyen 16
Penyimpanan dan pelupusan sampel intim dan sampel bukan intim
of Akta Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (Dna) 2009
ActIn forceProvision 16 of 25
Seksyen 16
(1)
Ketua Bank Data DNA hendaklah menyimpan dengan selamat dan terjamin semua sampel intim dan sampel bukan intim yang diambil bagi maksud analisis forensik DNA, bahagian sampel yang difikirkan wajar oleh Ketua Bank Data DNA dan tanpa kelengahan memusnahkan mana-mana bahagian yang tinggal.
(2)
Tatacara bagi penyimpanan dan pelupusan suatu sampel intim dan sampel bukan intim hendaklah sebagaimana yang ditetapkan.