Skip to content

Seksyen 23

Perlindungan terhadap apa-apa prosiding undang-undang

of Akta Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (Dna) 2009

ActIn forceProvision 23 of 25
Seksyen 23

Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh diambil atau dibawa, dimulakan atau dibuat dalam mana-mana mahkamah terhadap—

(a)

Menteri;

(b)

Ketua Bank Data DNA;

(c)

Timbalan Ketua Bank Data DNA;

(d)

pegawai Bank Data DNA;

(e)

pegawai perubatan kerajaan; atau

(f)

ahli kimia, berkenaan dengan apa-apa perbuatan atau peninggalan yang dilakukan olehnya dengan suci hati dalam menjalankan kuasa, fungsi dan tanggungjawabnya di bawah Akta ini atas sifat yang sedemikian.