Akta Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (Dna) 2009 · Updated to 1 Sep 2019 · Bahagian VI
24. Peraturan-peraturan
Feedback & supportMenteri boleh membuat peraturan-peraturan sebagaimana yang perlu atau suai manfaat untuk memberikan kuat kuasa sepenuhnya kepada, atau untuk menjalankan, peruntukan Akta ini.
Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA)
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat—
untuk menetapkan tatacara pengambilan dan pelupusan sampel intim dan sampel bukan intim;
untuk menetapkan apa-apa borang bagi maksud Akta ini;
untuk mengawal selia pengurusan, pentadbiran dan kawalan
Bank Data DNA; dan
untuk mengadakan peruntukan bagi apa-apa perkara yang dikehendaki atau dibenarkan untuk ditetapkan di bawah Akta ini atau yang perlu atau suai manfaat untuk ditetapkan.
Apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini hendaklah dibentangkan di dalam Dewan Rakyat dengan seberapa segera yang mungkin selepas ia dibuat dan jika Dewan Rakyat tidak bersidang, pada persidangan dalam mesyuarat Dewan Rakyat yang berikutnya.