Skip to content

Seksyen 4

Objektif Bank Data DNA

of Akta Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (Dna) 2009

ActIn forceProvision 4 of 25
Seksyen 4
(1)

Objektif utama Bank Data DNA adalah untuk menyimpan dan menyenggara indeks yang disebut dalam subseksyen 3(3) bagi maksud pengenalpastian manusia berhubung dengan penyiasatan forensik.

(2)

Sebagai tambahan kepada subseksyen (1), profil DNA dan apa-apa maklumat berhubung dengannya yang disimpan dan disenggarakan di dalam Bank Data DNA boleh digunakan untuk membantu—

(a)

dalam penemuan atau pengenalpastian jasad manusia daripada suatu bencana atau bagi maksud kemanusiaan; dan

(b)

dalam pengenalpastian orang yang masih hidup atau yang telah mati.