Skip to content

Seksyen 6

Kuasa Menteri untuk menamakan agensi atau badan untuk menjalankan analisis forensik DNA

of Akta Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (Dna) 2009

ActIn forceProvision 6 of 25
Seksyen 6
(1)

Kuasa Menteri untuk menamakan mana-mana agensi atau badan untuk menjalankan analisis forensik DNA di bawah seksyen 5 hendaklah hanya dijalankan sekiranya Jabatan Kimia

Malaysia atau Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia tidak dapat menjalankan apa-apa analisis forensik DNA.

(2)

Menteri boleh, dalam perintah yang disebut dalam seksyen 5, menyatakan bahawa analisis forensik DNA yang akan dijalankan oleh agensi atau badan yang dinamakan hendaklah hanya bagi maksud yang disebut dalam subseksyen 4(2) tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang boleh dikenakan

Menteri.

Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA)