Seksyen 24A
Pembaharuan pendaftaran
of Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996
Institusi pendidikan tinggi swasta boleh mengemukakan permohonan kepada
Ketua
Pendaftar untuk memperbaharui pendaftarannya tidak lewat dari enam bulan sebelum habis tempoh pendaftaran.
(2)
Mana-mana permohonan bagi pembaharuan pendaftaran yang tidak dibuat dalam masa yang ditetapkan dalam subseksyen (1) tetapi dibuat sebelum habis tempoh pendaftaran itu hendaklah tertakluk kepada suatu bayaran penalti sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pendaftar.
(3)
Tiada permohonan bagi pembaharuan pendaftaran boleh dipertimbangkan jika permohonan itu dibuat selepas tarikh habis tempoh pendaftaran itu.
36 Undang-Undang Malaysia AKTA 555
(4)
Ketua Pendaftar hendaklah memperbaharui sesuatu pendaftaran jika pemohon telah mematuhi semua syarat yang dikenakan oleh Ketua
Pendaftar di bawah subseksyen 24(10), dan Ketua Pendaftar boleh mengenakan syarat baharu atau mengubah, membatalkan, meminda atau menambah kepada mana-mana syarat yang dikenakan apabila memperbaharui sesuatu pendaftaran.
(5)
Sesuatu pembaharuan pendaftaran hendaklah tertakluk kepada bayaran fi yang ditetapkan.