Skip to content

Seksyen 3

of Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996

ActIn forceProvision 3 of 105

Seksyen 3

(1)

Maka hendaklah ada seorang Ketua Pendaftar Institusi

Pendidikan Tinggi Swasta yang hendaklah dilantik oleh Menteri.

CATATAN—Akta ini telah menggantikan Akta Syarikat 1965 [Akta 125]—lihat subseksyen 620(1) Akta 777.

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 555

(2)

Menteri hendaklah juga melantik seorang Timbalan Ketua

Pendaftar dan sekian bilangan Pendaftar, Timbalan Pendaftar dan

Penolong Pendaftar Institusi Pendidikan Tinggi Swasta, sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi maksud Akta ini.

(3)

Ketua Pendaftar hendaklah mempunyai kuasa dan menjalankan fungsi yang diberikan kepadanya oleh Akta ini, dan sewaktu ketiadaannya kuasa dan fungsi sedemikian bolehlah dipunyai atau dijalankan oleh Timbalan Ketua Pendaftar.

(4)

Timbalan Ketua Pendaftar, Pendaftar, Timbalan Pendaftar dan

Penolong Pendaftar hendaklah di bawah arahan dan kawalan Ketua

Pendaftar.

(5)

Timbalan Ketua Pendaftar, Pendaftar, Timbalan Pendaftar dan

Penolong Pendaftar boleh menjalankan segala kuasa dan fungsi yang diberikan kepada Ketua Pendaftar oleh atau di bawah Akta ini, tertakluk kepada apa-apa sekatan yang dikenakan oleh Ketua

Pendaftar.