Seksyen 96
of Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996
Seksyen 96
Peraturan-Peraturan Perlu (Yayasan Pengajian Tinggi) 1969
[P.U. (A) 234/1969] dibatalkan.
(2)
Walau apa pun subseksyen (1), semua institusi pendidikan tinggi swasta—
(a)
yang ditubuhkan di bawah Peraturan-Peraturan Perlu
(Yayasan Pengajian Tinggi) 1969; atau
(b)
yang didaftarkan atau disifatkan telah didaftarkan di bawah Akta Pendidikan 1996, hendaklah, pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, disifatkan telah diluluskan, ditubuhkan dan didaftarkan di bawah Akta ini.
Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 97
(3)
Syarat yang dikenakan ke atas institusi pendidikan tinggi swasta yang disebut dalam perenggan (2)(a) dan (b), sebelum mula berkuat kuasanya Akta ini, hendaklah terus berkuat kuasa sehingga diubah atau dibatalkan oleh Menteri.
(4)
Peruntukan Akta ini hendaklah terpakai bagi institusi pendidikan tinggi swasta itu seolah-olah institusi pendidikan tinggi swasta itu telah diluluskan, ditubuhkan dan didaftarkan di bawah Akta ini.