Skip to content

Seksyen 54

of Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996

ActIn forceProvision 58 of 105

Seksyen 54

(1)

Ketua Pendaftar boleh, di bawah arahan Menteri, menyampaikan kepada institusi pendidikan tinggi swasta suatu notis

Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 63

tentang niat untuk membatalkan kelulusan institusi pendidikan tinggi swasta itu jika Menteri berpuas hati bahawa adalah suai manfaat berbuat demikian atas mana-mana alasan yang berikut:

(a)

bahawa kelulusan institusi pendidikan tinggi swasta itu telah didapatkan melalui apa-apa pernyataan palsu atau yang mengelirukan;

(b)

bahawa telah berlaku pelanggaran mana-mana syarat yang dikenakan oleh Menteri;

(c)

bahawa jaminan kualiti di institusi pendidikan tinggi swasta itu tidak dikekalkan dengan sewajarnya;

(d)

bahawa institusi pendidikan tinggi swasta itu telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain;

(da) bahawa institusi pendidikan tinggi swasta itu telah gagal untuk memperbaharui pendaftarannya di bawah seksyen 24A; atau

(e)

apa-apa alasan lain yang difikirkan patut oleh Menteri demi kepentingan Malaysia, orang awam atau pelajar.

(2)

Alasan di bawah perenggan (1)(a) hingga (e) adalah sebagai tambahan kepada apa-apa alasan lain yang diperuntukkan di bawah mana-mana peruntukan lain dalam Akta ini.