Seksyen 89
of Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996
Seksyen 89
Tertakluk kepada peruntukan Perkara 153 Perlembagaan
Persekutuan, keanggotaan institusi pendidikan tinggi swasta, sama ada sebagai pegawai, guru atau pelajar, hendaklah dibuka kepada semua orang tanpa mengira jantina, ras, agama, bangsa atau kelas.
(2)
Tiada ujian mengenai agama yang dianuti atau kepercayaan boleh diadakan atau dipaksakan untuk membolehkan seseorang berhak diterima sebagai anggota sedemikian atau untuk dianugerahkan apa-apa ijazah, diploma atau sijil atau fellowship, biasiswa, bantuan, dermasiswa, pingat, hadiah, atau kepujian atau penganugerahan lain boleh dihadkan bagi orang daripada mana-mana ras, agama, bangsa atau kelas tertentu.