Seksyen 4
Kuasa Menteri untuk mengeluarkan arahan am
of Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996
Menteri boleh, dari semasa ke semasa, memberikan seseorang pegawai yang dilantik di bawah Bahagian ini arahan yang bersifat am, yang selaras dengan peruntukan Akta ini, tentang penjalanan kuasa dan budi bicara yang diberikan kepada pegawai itu oleh Akta ini dan kewajipan yang hendaklah ditunaikan oleh pegawai itu di bawah Akta ini.
(2)
Arahan yang diberikan di bawah subseksyen (1) bolehlah yang berhubungan dengan perkara yang didapati oleh Menteri menyentuh dasar, strategi dan garis panduan kebangsaan mengenai pendidikan tinggi yang dirumuskan dan ditentukan oleh Majlis Pendidikan Tinggi
Negara yang ditubuhkan di bawah Akta Majlis Pendidikan Tinggi
Negara 1996 [Akta 546].
(3)
Pegawai yang kepadanya arahan diberikan di bawah seksyen ini hendaklah melaksanakan tiap-tiap arahan itu.
Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 19