Skip to content
In forceUpdated to 1 Apr 2019Read it in English

Bahagian VIII · Disiplin dan Tatalaku Pelajar

49. Kuasa Ketua Pendaftar untuk mengeluarkan arahan menggantung atau membubarkan persatuan pelajar, dsb

Feedback & support
(1)

Ketua Pendaftar boleh mengarahkan ketua eksekutif untuk menggantung atau membubarkan mana-mana pertubuhan, persatuan, organisasi, badan atau kumpulan pelajar—

(a)

jika pertubuhan, persatuan, organisasi, badan atau kumpulan itu dikendalikan mengikut cara yang difikirkan oleh Ketua Pendaftar sebagai memudaratkan atau menjejaskan—

(i)

keselamatan dan keamanan Malaysia;

(ii)

ketenteraman awam; atau

(iii)

kepentingan pelajar; atau

(b)

jika pertubuhan, persatuan, organisasi, badan atau kumpulan itu melanggar mana-mana peruntukan mana-mana undang-undang bertulis.

(2)

Ketua Pendaftar tidak boleh memberikan arahan di bawah subseksyen (1) sehinggalah selepas dia menimbang telitikan representasi yang dibuat oleh pertubuhan, persatuan, organisasi, badan atau kumpulan itu.

(3)

Ketua eksekutif hendaklah mengambil tindakan serta-merta untuk melaksanakan arahan Ketua Pendaftar di bawah subseksyen (1), dan hendaklah dalam masa dua puluh satu hari, memberitahu Ketua

Pendaftar tentang apa-apa tindakan sedemikian yang telah diambil olehnya.

Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 59

(4)

Jika arahan Ketua Pendaftar di bawah seksyen ini tidak dipatuhi,

Ketua Pendaftar boleh mengkensel pendaftaran ketua eksekutif itu.

(5)

Mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar yang terkilan dengan penggantungan atau pembubaran yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh, dalam masa empat belas hari dari tarikh penerimaan notis penggantungan atau pembubaran itu, merayu secara bertulis kepada Menteri.

Report

Bahagian IX

Permit Mengajar

Bahagian X

Pembatalan Kelulusan dan Pengkenselan Pendaftaran

Bahagian XI

Penutupan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta

Bahagian XII

Pemeriksaan Institusi Pendidikan

Bahagian XIII

Penguatkuasaan dan Penyiasatan

Bahagian XIV

Kesalahan dan Penalti

Bahagian XV

Peraturan –Peraturan

Bahagian XVI

Bahagian XVII

Peruntukan Kecualian dan Peralihan