Seksyen 30
Anggaran tahunan
of Akta Institut Koperasi (Pemerbadanan) 1968 (DISEMAK—2025)
ActIn forceProvision 30 of 41
Seksyen 30
(1)
Pengerusi Lembaga hendaklah, tidak lewat daripada satu bulan sebelum bermulanya setiap tahun kewangan, membentangkan di hadapan Lembaga suatu anggaran perbelanjaan Institut, termasuk perbelanjaan modal, yang diluluskan oleh Menteri bagi tahun yang berikutnya mengikut butir-butir dan bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
Undang-Undang Malaysia 22
Akta 865
(2)
Suatu salinan anggaran itu hendaklah dihantar kepada setiap anggota Lembaga tidak kurang daripada empat belas hari sebelum mesyuarat yang anggaran itu hendak dibentangkan.