Seksyen 31
Akaun dan audit
of Akta Institut Koperasi (Pemerbadanan) 1968 (DISEMAK—2025)
Institut hendaklah menyimpan akaun yang sepatutnya dan rekod lain berkenaan dengan operasinya dan hendaklah menyediakan penyata akaun berkenaan dengan setiap tahun kewangan.
(2)
Akaun Institut hendaklah diaudit secara tahunan oleh
Ketua Audit Negara atau oleh seorang juruaudit yang merupakan juruaudit syarikat diluluskan mengikut pengertian Akta Syarikat 2016
yang dilantik oleh Lembaga.
(3)
Selepas berakhir setiap tahun kewangan, sebaik sahaja akaun Institut diaudit, Institut hendaklah menyebabkan supaya suatu salinan penyata akaun itu dikemukakan kepada Menteri, bersama-sama dengan suatu salinan apa-apa pemerhatian yang dibuat oleh Ketua Audit Negara atau juruaudit lain yang dilantik di bawah subseksyen (2) mengenai mana-mana penyata atau akaun
Institut.
(4)
Menteri hendaklah menyebabkan supaya suatu salinan tiap-tiap penyata dan pemerhatian itu dibentangkan di hadapan setiap Majlis Parlimen.