Seksyen 29
Pelaburan
of Akta Institut Koperasi (Pemerbadanan) 1968 (DISEMAK—2025)
ActIn forceProvision 29 of 41
Seksyen 29
(1)
Aset Kumpulan Wang boleh, setakat yang aset itu tidak dikehendaki dibelanjakan oleh Institut di bawah Akta ini, dilaburkan ke dalam pelaburan yang pada masa ini dibenarkan oleh undang-undang bagi pelaburan kumpulan wang amanah.
(2)
Walau apa pun subseksyen (1), Institut tidak boleh melabur dalam sekuriti yang diterbitkan atau didaftarkan, atau harta lain yang terletak, di luar Malaysia kecuali dengan kelulusan
Perbendaharaan.