Skip to content
In forceUpdated to 30 Sep 2016Read it in English

Bahagian II

10. Penjalanan sementara fungsi Pengerusi

Feedback & support
(1)

Jika Pengerusi atas apa-apa sebab tidak dapat melaksanakan fungsinya atau semasa apa-apa tempoh kekosongan jawatan

Pengerusi, Menteri boleh melantik mana-mana anggota Institut, selain Ketua Pengarah, untuk melaksanakan fungsi Pengerusi.

(2)

Sehingga suatu pelantikan di bawah subseksyen (1) dibuat atau jika tiada pelantikan sedemikian atau jika Pengerusi tidak hadir pada mana-mana mesyuarat Institut, anggota Institut yang dilantik di bawah perenggan 7(b) hendaklah melaksanakan fungsi

Pengerusi.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia 17

(3)

Seseorang anggota yang dilantik di bawah subseksyen (1)

atau anggota yang disebut dalam subseksyen (2) hendaklah disifatkan sebagai Pengerusi semasa tempoh dia melaksanakan fungsi Pengerusi di bawah seksyen ini.

(4)

Jika pada mana-mana mesyuarat Institut, Pengerusi mahupun orang yang menjalankan fungsi Pengerusi tidak hadir, anggota yang hadir hendaklah melantik seorang daripada kalangan anggota yang hadir itu, selain Ketua Pengarah, untuk mempengerusikan mesyuarat itu.

Report

Bahagian III

Ketua Pengarah, Pegawai dan Pekhidmat Institut

Bahagian IV

Kewangan

Bahagian V

Kuasa Lain Institut

Bahagian VI

Pelbagai

Bahagian VII

Schedules