Seksyen 9
Anggota silih ganti
of Akta Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia 2016
ActIn forceProvision 9 of 56
Seksyen 9
(1)
Mana-mana anggota Institut yang dilantik di bawah perenggan 7(b) hingga (i) boleh melantik anggota silih ganti untuk menghadiri mesyuarat Institut jika anggota Institut itu atas apa-apa sebab tidak dapat hadir.
(2)
Apabila menghadiri mesyuarat Institut, anggota silih ganti hendaklah bagi segala maksud disifatkan sebagai anggota
Institut.
(3)
Seseorang anggota silih ganti hendaklah, melainkan jika dia terlebih dahulu mengosongkan jawatannya, terhenti menjadi anggota silih ganti apabila anggota yang berkenaan dengannya dia seorang anggota silih ganti meletakkan atau mengosongkan jawatannya.