Seksyen 5
Kuasa Institut
of Akta Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia 2016
Institut hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan semua perkara yang suai manfaat atau munasabah bagi dan bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya.
(2)
Kuasa Institut hendaklah termasuk kuasa—
(a)
untuk membuat kontrak;
(b)
untuk memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati tiap-tiap jenis harta alih dan harta tak alih;
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia 13
(c)
untuk memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadai janji, mendemis, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik atau selainnya melupuskan atau membuat apa-apa urusan dengan apa-apa harta alih atau harta tak alih dan apa-apa kepentingan dalam harta alih atau harta tak alih, yang terletak hak pada Institut;
(d)
untuk mendapatkan dan menerima bagi maksud Institut apa-apa wang, tanah atau harta lain daripada mana-mana orang melalui pemberian, subsidi, derma, hadiah, langganan, endowmen atau selainnya, dan jika ia menerima mana-mana wang, tanah atau harta lain itu, menyampaikan kepada orang itu apa-apa konsesi atau faedah yang difikirkan patut oleh Institut;
(e)
untuk memperoleh, memegang, melupuskan atau memberikan hak berkaitan dengan dapatan penyelidikan daripada apa-apa aktiviti penyelidikan dan pembangunan yang dijalankan oleh atau bagi Institut atau oleh mana-mana orang;
(f)
untuk mengusahakan, menyelaraskan atau memberikan kepada mana-mana orang untuk mengusahakan atau menyelaraskan aktiviti penyelidikan dan pembangunan yang berhubungan dengan perhutanan;
(g)
untuk menentukan keutamaan aktiviti penyelidikan dan pembangunan Institut dan meluluskan program tahunan penyelidikan dan anggaran perbelanjaan yang diperlukan untuk melaksanakan program, skim, projek dan aktiviti dan bagi pentadbiran Institut;
(h)
untuk memastikan bahawa program, skim, projek dan aktiviti yang diluluskan oleh Institut dijalankan dengan sewajarnya dan perbelanjaan yang dilakukan mengikut anggaran perbelanjaan;
(i)
untuk mengutip dan menerima apa-apa wang bagi perkhidmatan yang disediakan oleh Institut dan penggunaan kemudahannya;
Undang-Undang Malaysia 14
Akta 782
(j)
untuk membuat perundingan, perjanjian atau perkiraan yang difikirkan patut oleh Institut bagi pelaksanaan fungsinya;
(k)
untuk menjalankan kursus atau latihan teknikal dan bukan teknikal dalam bidang perhutanan atau apa-apa bidang lain yang berkaitan dan untuk memberikan perakuan kepada orang yang telah mengikuti kursus atau latihan itu;
(l)
untuk berusaha sesama dengan mana-mana institusi atau organisasi di dalam atau di luar Malaysia;
(m)
untuk menganugerahkan biasiswa, dermasiswa, pingat, hadiah dan bentuk kepujian, award atau bantuan lain kepada mana-mana orang berkenaan dengan kursus atau latihan teknikal dan bukan teknikal yang disebut dalam perenggan (k) dan usaha sama yang disebut dalam perenggan (l) atau mana-mana kursus pengajian atau program latihan yang dijalankan oleh mana-mana institusi pengajian tinggi, sama ada awam atau swasta, di dalam atau di luar Malaysia;
(n)
untuk mengusahakan dan menyelaraskan apa-apa aktiviti yang difikirkan perlu oleh Institut bagi maksud melindungi dan memajukan kepentingan hutan dan industri berasaskan hutan; dan
(o)
untuk melakukan semua perkara yang suai manfaat atau perlu atau bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya dan penjalanan kuasanya.
(3)
Institut boleh mewakilkan mana-mana kuasanya di bawah
Akta ini kepada Ketua Pengarah Institut.