12. Pindaan seksyen 7
Feedback & supportSeksyen 7 Akta ibu dipinda—
dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan
“pelindungan” dengan perkataan “pemeliharaan dan pelindungan”;
dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:
“(2) Sesuatu Pasukan Pelindungan Kanak-Kanak hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:
tidak lebih daripada tujuh orang yang mempunyai pengalaman, pengetahuan dan kepakaran yang sesuai dalam perkara yang berhubungan dengan pemeliharaan dan pelindungan kanak-kanak, yang dilantik oleh Menteri;
seorang pegawai perubatan; dan
seorang pegawai kanan polis.”;
dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:
“(2a) Menteri boleh melantik mana-mana anggota yang disebut dalam perenggan (2)(a) untuk menjadi pengerusi sesuatu Pasukan Pelindungan Kanak-Kanak.”;
dan
dalam subseksyen (3), dengan memasukkan selepas perkataan “hendaklah” perkataan “diselia oleh seorang
Pelindung dan hendaklah”.