16. Pindaan seksyen 14
Feedback & supportSeksyen 14 Akta ibu dipinda—
dalam nota bahu, dengan memasukkan selepas perkataan
“memerintahkan supaya” perkataan “peletakan,”; dan
dalam subseksyen (1)—
dengan menggantikan perenggan (a) dengan perenggan yang berikut:
“(a) peletakan atau penahanan seseorang kanak-kanak di sesuatu tempat tahanan, tempat perlindungan, asrama akhlak, sekolah diluluskan, Sekolah Henry Gurney, institusi atau pusat yang diluluskan;”;
Undang-Undang Malaysia 18
dalam perenggan (b)—
dengan memasukkan selepas perkataan
“Pegawai Kebajikan Masyarakat” perkataan
“, Pelindung”; dan
dengan memotong perkataan “atau” di hujung perenggan itu;
dengan menggantikan koma di hujung perenggan (c)
dengan perkataan “; atau”;
dengan memasukkan selepas perenggan (c)
perenggan yang berikut:
“(d) tempoh perintah khidmat masyarakat,”;
dan
dengan menggantikan perkataan “tahanan, pengawasan atau percubaan” dengan perkataan
“peletakan, penahanan, pengawasan, percubaan atau khidmat masyarakat”.