18. Pindaan seksyen 17
Feedback & supportSubseksyen 17(1) Akta ibu dipinda—
dalam perenggan (a), dengan menggantikan perkataan
“anggota keluarga luasnya” dengan perkataan “saudaranya”;
dengan menggantikan perenggan (c) dengan perenggan yang berikut:
“(c) ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu—
tidak layak, atau telah mengabaikan, atau tidak berupaya, untuk menjalankan; atau
telah bertindak secara cuai dalam menjalankan, pengawasan dan pengawalan yang sepatutnya ke atas kanak-kanak itu;”;
Undang-Undang Malaysia 20
dalam perenggan (e)—
dengan menggantikan koma di hujung subperenggan
dengan koma bertitik; dan
dengan memotong perkataan “dan tiada orang lain yang sesuai sanggup dan berupaya memelihara kanak-kanak itu;”;
dengan memotong perenggan (h); dan
dalam perenggan (k)—
dengan memotong perkataan “atau” di hujung subperenggan (i);
dengan menggantikan noktah di hujung subperenggan (ii) dengan perkataan “; atau”; dan
dengan memasukkan selepas subperenggan (ii)
subperenggan yang berikut:
“(iii) menjalankan apa-apa aktiviti lain yang menyalahi undang-undang.”.