Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

53. Penggantian seksyen 63

Feedback & support

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 63 dengan seksyen yang berikut:

s 63“Kanak-kanak yang lepas lari atau dipindahkan dari asrama akhlak

(1)

Mana-mana kanak-kanak yang lepas lari atau dipindahkan dari suatu asrama akhlak tanpa kebenaran yang sah—

(a)

boleh ditangkap tanpa waran oleh mana-mana pegawai akhlak atau pegawai polis; dan

(b)

dibawa balik ke asrama itu atau ke hadapan Mahkamah

Pengawas.

(2)

Jika kanak-kanak itu dibawa ke hadapan Mahkamah

Pengawas di bawah perenggan (1)(b)—

(a)

dalam hal seseorang kanak-kanak yang ditahan di suatu asrama akhlak di bawah perenggan 46(5)(c),

Mahkamah Pengawas boleh menjalankan kuasanya di bawah subseksyen 47(2); dan

Undang-Undang Malaysia 48

(b)

dalam hal seseorang kanak-kanak dalam percubaan,

Mahkamah Pengawas boleh memperlakukan kanak-kanak itu bagi kesalahan yang kerananya dia dihantar ke asrama akhlak mengikut cara yang sama sebagaimana Mahkamah Pengawas itu boleh memperlakukannya sekiranya Mahkamah Pengawas itu mendapati kanak-kanak itu bersalah atas kesalahan itu.”.

Report

Bahagian X

Bahagian X Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 97 Bab yang berikut: