62. Seksyen baharu 83a
Feedback & supportAkta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 83
seksyen yang berikut:
“Tangkapan 83a. (1) Seseorang kanak-kanak yang ditangkap tidak boleh digari melainkan jika—
kesalahan yang kerananya dia ditangkap ialah jenayah berat; atau
kanak-kanak itu menentang dengan kekerasan usaha untuk menangkapnya atau cuba untuk mengelakkan tangkapan itu.
Apabila seseorang kanak-kanak ditangkap, dia hendaklah diberitahu mengenai alasan penangkapannya, dan pegawai polis hendaklah, dengan seberapa segera yang boleh, sebelum memulakan apa-apa bentuk soal siasat atau perakaman apa-apa kenyataan daripada kanak-kanak itu, menghubungi ibu atau bapa atau penjaga, atau saudara kanak-kanak itu dan seorang pegawai akhlak untuk memberitahu mengenai—
keberadaan kanak-kanak itu;
alasan kanak-kanak itu ditangkap; dan
hak untuk berunding dengan peguam pilihan kanak-kanak itu.
Pegawai polis boleh membenarkan pegawai akhlak dan ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu untuk hadir di tempat di mana kanak-kanak itu ditahan selepas ditangkap untuk memastikan kebajikan kanak-kanak itu.
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan menyentuh kuasa seseorang pegawai polis untuk memperlakukan kanak-kanak yang ditangkap mengikut Kanun Tatacara
Jenayah.”.
Undang-Undang Malaysia 52