63. Pindaan seksyen 85
Feedback & supportSeksyen 85 Akta ibu dipinda—
dalam nota bahu, dengan memasukkan selepas perkataan
“balai polis” perkataan “, tempat tahanan”;
dengan menggantikan perenggan (a) dengan perenggan yang berikut:
“(a) untuk menghalang seseorang kanak-kanak semasa—
dibawa ke atau dari balai polis atau tempat tahanan;
ditahan di balai polis atau di tempat tahanan;
dibawa ke atau dari mana-mana Mahkamah;
atau
menunggu sebelum atau selepas hadir di mana-mana Mahkamah, daripada bergaul dengan seseorang dewasa yang dipertuduh atas sesuatu kesalahan;”; dan
dengan menggantikan perenggan (c) dengan perenggan yang berikut:
“(c) untuk menghalang gambar seseorang kanak-kanak semasa—
ditangkap;
dibawa ke atau dari balai polis atau tempat tahanan;
ditahan di balai polis atau di tempat tahanan;
dibawa ke atau dari mana-mana Mahkamah; atau
Kanak-Kanak (Pindaan)
menunggu sebelum atau selepas hadir di mana-mana Mahkamah, daripada dirakamkan dalam apa-apa cara atas pita atau filem atau dengan apa-apa perantara elektronik.”.
Pindaan seksyen 87